Orang Cina lain. Dorang pikir pasal duit je. Dorang da tak pikir da pasal macam mana process payah nye nak buat satu benda tu. Yang penting keje siap. Kalo keje tak siap tu yang serabut sebab nanti duit tak masuk. Petikan ni diambil dari borak borak kat kedai kopi.
Habis orang Melayu pikir ape?
Bukan nye senang nak nilai jenis kaum macam tu je. Jangan sebab kenal sorang boss Cina terus buat persamaan pada semua jenis orang Cina. Kira orang Melayu ni pikir semua kut. Sebelum buat ape-ape pikir dulu. Sampai benda yang paling kecik pon nak pikir. Sebab tu orang melayu jadi layu kut, sebab banyak sangat pikir. Macam pokok yang terlebih siram air.
Tak salah pikir tapi biar lah logic, bertempat, rasional dan effectif. Jangan lah sebab tak minat lalu dicari alasan pelbagai-bagai sampai jadi keje duk pikir pasal nak cari alasan. Kalau da tak minat tu jangan la duk buat dakyah-dakyah yang boleh buat orang terpengaruh. Kalo betul boleh buat orang terpengaruh tak pa sebab boleh tubuh komuniti sendiri, ada can jadi ketua. Tapi yang takut nya kalau dinilai orang kita ni lawyer buruk. Nak bagi idea tu tak salah, tapi kalau niat tu nak tunjuk benda tu salah sebab kita tak minat tak elok. Kalo betul-betul tak minat diam je, atau pon dengar je ape yang orang minat nak bagitau kut-kut boleh dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan.
Mana-mana bangsa pon ade baik buruk dorang. Senang citer tak payah tuju kat bangsa, kita ni semua manusia. Tak pernah didengar bangsa anu ade dua otak. Memang lumrah manusia, mereka akan berasa selesa kalau berdamping dengan jenis yang sama macam mereka, bahasa sama, lawak sama, makanan sama, boleh dikatakan mereka berasa tak terasing bila bersama. Bila muka yang jenis sama bersama, mereka pon sama lah jugak, ade yang baik dengan yang itu, ade yang tak puas hati dengan yang ini, ade yang cemburu dengan yang sinun dan pelbagai jenis ragam. Tak kurang ade yang malas dan yang rajin. Cuma bezanya banyak mana yang berilmu.
Bila dah berkelompok macam tu, bergantung la pulak pada ‘folk tales’ masing-masing yang sedikit sebanyak akan membentuk keperibadian kaum-kaum mereka. Selain itu factor-faktor keagamaan, persekitaran, politik, bahasa dan ekonomi setempat melengkapkan identiti bangsa tersebut.
Katakan lah jika Bangsa Cina tinggal di kampung jadi nelayan, Bangsa Melayu tinggal di bandar jadi peniaga, manakala Bangsa India mejoriti beragama Islam, apa gamak nya fenomena Malaysia sekarang. Tak mau pening kepala, semua bangsa tu adalah manusia. Ada Proton, B&W, Toyota, Chevrolate, bergantung pada kilang yang dibuat. Kan senang kalau semua syarikat yang ada bergabung jadi satu, pakat-pakat curah idea dan teknologi hasilkan satu kereta yang tak payah pakai minyak, murah, bergaya, bermutu, gemilang dan terbilang. Rasanye cam susah jugak tu tapi bila dah tiba masanya tak susah kut.
Bekerja lah secara berkumpulan. Tak payah lah nak menunjuk-nunjuk sapa hebat. Majukan negara, bantu orang yang susah. Alangkah indahnye kalau semua berakal, kaya, budiman dan berilmu. Kita lawan balik penjajah yang lama dah jajah kita. Mulai sematkan dalam diri, kita semua bangsa merdeka! Fahamilah apa maksud MERDEKA..
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Where is ur new post buddy???
lamo doh dop update nih!! dah bersawang blog.. huhu
Post a Comment